Kamu

Aku pernah bertanya
Jika satu datang dari beribu
Kenapa perlu tunggu ?
Kenapa perlu begitu ?
Sakit , sedih , buntu 

Aku pernah tertanya 
Doaku yang dilangitkan dulu ,
Adakah Tuhan angkat satu per satu ?
Atau dibiarkan kaku begitu 
Bersama harapan aku paku
Sampai akhir nafas , aku tunggu

Telah berkali hidup dan mati rasa
Dalam aku mencarimu
Tidak sekalipun bertemu 

Tertusuk henti realiti masa
Dalam aku mencarimu
Aku hilang "aku".

Aku pernah ditanya 
Apa yang aku mahu ?
Jawabku masih satu ,
kamu

#brokenjames

Tulus:Zaim Luqman

Comments

Popular posts from this blog

Liking and Missing

Unplotted plot

Mom, I lied